Jom Singgah

vv=1515&tft=3&dd=0&wid=&pid=0&proid=0&bc=FFFFFF&tc=575757&brd1=CDAFF0&lnk=659BD6&hc=611561&hfc=FCC7FA&btn=358EFA&ww=200&wne=10&srefs=1&went=10">

Tuesday, January 31, 2017

Our 3rd Anniversary

Assalamua'laikum wbt

Alhamdulillah, harini genap 3 thn tempoh perkahwinan Cuna & husband. 

Sebenarnya kami laki bini tak ingat langsung Anniversary kitaorang harini. Sampailah mak sendiri yang wassap tanya. 

 


Cuna tak faham maksud mak, terus call mak tanya apa "Universary" tu -------------->

Cuna: Salam mak... apa universary tu.

Mak: Nih, anniversary hg. Mak silap taip. Aniversary hg brapa haribulan?

Cuna: erm.... hujung bulan satu kot. Akak ingt sanding awal bulan 2.

Mak: Maknanya 31 lah kan..

Cuna: haah 31 haribulan... napa mak?

Mak: Dah tu harini 31 la. hg tak ingat ka anniversary hg?

Cuna: lah yeaka. Ni mak tau dari mana? (Mcm pelik je mak yang ingat Anniversary kita, diri sendiri pun tak ingat)

Mak: Tu...timesline pesbook ada tulih.... pesbook bagitau memori 3 tahun lepas

(MEKASIH PESBOOK 😂😂)
--------------------------------------------------


Maka, lepas husband balik kerja, Drama Swasta pun bermula:

Cuna: "papa ingat harini hari ape?(dgn nada kononnya macam merajuk)

Husband: Harini hari ape? (diam panjang) Ntah.... 
hari ape ek? 

Cuna: Ala....sampai hati tak ingat. Papa tak sayang mama ke? (sambil teleng muka tempat lain, bibir mencebik)

Papa: Ala....papa ingat la... harini Anniversary kita kan? 

Cuna: Habistu kalau tau knp tak wish? sampai hati.

Husband: Eleh, mama pun tak ingat. Mama mesti ingat Anniversary kita lepas baca wassap mak dari group tu kan? 

Cuna: takdelah mama ingatlah. saje nak tengok perangai suami sendiri. 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------




Itulah Alkisahnya, drama petang tadi. Drama yg saja dibuat-dibuat 😂. Padahal, dua-dua memori kelaut. 

Actually Cuna sedikit phn tak terasa langsung bila husband tak ingat hari-hari penting macamni. 

Sebab Cuna tahu, betapa busynya Suami untuk nak ingat benda-benda macamni. Banyak lagi tanggungjawab dia sebagai suami yang dia kena fikir. Benda-benda mcm ni agak remeh bagi husband, even bagi Cuna sendiri pun tak berapa kisah sgt.


Sempena Anniversary, Cuna nak sampaikan satu luahan isi hati khas untuk suamiku Muhammad Hafizuddin Mustapa

Terima kasih kerana jaga mama dengan baik sekali. 

Kaulah Suami, yang sentiasa tunaikan permintaan mama.

Kaulah suami, yang cuba membahagiakan mama walau dengan apa sekalipun.

Kaulah suami, yang menggunakan kudrat, keluar mencari rezeki siang dan malam untuk beri kesempurnaan dalam keluarga kita.

Kaulah suami, yang tak pernah merungut penat walaupun sebenarnya penat. Masih senyum depan mama walaupun penat.

Kaulah suami, yg tak pernah lupa untuk call dan wassap cakap rindu walaupun sibuk kerja.

Kaulah Suami, yang tak pernah rasa jengkel dengan kelemahan mama.

Papa Hero mama selamanya.

Jadi Takda sebab untuk mama merajuk dengan benda-benda macamni kan 😄

Untuk mengelakkan lupa lagi, so Cuna jog down kat sini tarikh-tarikh penting

Tarikh Tunang: 11 August 2013
Tarikh Nikah: 31 January 2014

 
Time Tunang

 
Time Nikah

 
Time suami nak lafaz Nikah.

-------------------------------
Maka, sempena Anniversary kami, husband bawa keluar makan-makan dekat Aeon Shah Alam. 

 


 

 



Nih favourite kami laki bini kalau pegi Aeon Shah Alam, mesti singgah beli.

 

---------------------------------------------------

Masa otw balik, sebelum sampai rumah, singgah jap kedai India. beli Manjakani. hehe. 

Nak buat apa? Nak buat jamulah. Tetiba pulak terinspirasi nak buat air jamu lepas baca kat pesbook. 

Maka terhasillah jamu tradisional iaitu campuran Kunyit Hidup + Manjakani + Halia.

 
 
Pahit gila uolls.....

Kebaikan minum jamu, adalah
✅Untuk melangsingkan badan
✅Buang angin dan Kurangkan perut buncit
✅Membersihkan dalaman wanita dan mengetatkan liang faraj.

Sebulan sekali disyorkan ambil jamu tradisional.

Untuk jamu Harian pula, Cuna amalkan Alfafa Complex. Bagus tau Alfafa Complex ni. Banyak khasiat dia. Fungsinya seperti detoks dalam badan dan ada fungsi-fungsi lain. =)

 

 

Sunday, January 15, 2017

My Birthday Trip & Honeymoon to SWITZERLAND

Assalamua'laikum. Bismillahirrahmanirrahim.

Cuna nak Share Trip Ke Switzerland tahun lepas. 26/8/16- 1/9/16.Trip ni bersama-sama suami secara backpack sahaja. Kiranya Honeymoon backpackers la. hihi. Paling special, trip ni consider birthday trip sebab 29/8/16 tu tarikh harijadi Cuna

So, sebelum ke sana, segala persiapan memang Cuna uruskan seorang diri. Suami just bantu sikit-sikit. Tentang itinerary, book tempat penginapan, transportation semuanya Cuna uruskan. Senang Cerita, husband letak kepercayaan sepenuhnya untuk uruskan Trip ni.

Setahun awal Cuna dh beli tiket flight. So dalam masa tu boleh buat research, and kumpul duit sikit.
Sebelum beli tiket, rajin buat survey kat skyscanner. tengok harga tiket mana yang murah. At last, dapat buat tangkapan tiket ke Kul-Muscat-Zurich  pergi dan balik berharga rm2800 seorang. Masa tu Oman Air tengah buat promo.

Cuna pilih musim summer. sebab nak kurangkan budget beli winter coat. Lagi satu, sebab nak tengok pemandangan swiss. Kalau pergi musim salji, putih salji jela yang nampak.

Apa yang beruntungnya tentang Swiss, korang boleh tengok pemandangan musim panas dan boleh juga merasa Salji. sebab Swiss ni kawasan pergunungan Alps. Selain tu, korang boleh juga melihat pemandangan tasik. 3 in 1 tu yang beruntungnya.

Sebelum ke Swiss, memang cuna study betul-betul. Takut juga kalau sesat ke apa. sebab first time ke negara orang. Sebelum pegi, Cuna memang doa banyak-banyak supaya segala urusan Allah permudahkan. Part kat imigresen paling Cuna takut. Tapi Alhamdulillah, semua lancar. Takde pun kene heavy cek sampai kene buka luggage.


Day 1:
First masa sampai Zurich Klotten Flughaffen (Airport Zurich), kitaorang terus jalan laju-laju, pickup luggage dan kemudian berjalan ke banggunan bersebelahan Airport, iaitu Airport Shopping Centre. Waktu dah nak malam, so agak takut la tak sempat sampai hostel. hehe. Dekat Airport Shopping Centre ada jual tiket train Di Swiss, korang boleh pilih macam-macam jenis pass mengikut kesesuaian itinerary korang. Macam cuna, Cuna pilih half-fare Card. Maknanya, nak ke mana-mana, Cuna kena bayar separuh harga untuk tiket train, cable car dan bus. Dah beli tiket, kami turun ke Ground floor untuk tunggu train ke hostel kami yang terletak di Lauterbrunnen.

Masa beli tiket tu, staff kaunter bagi satu time table (Fahrplan) dan tiket. Fahrplan tu ada tulis platform berapa, dan transit kat mana. So senang, Fahrplan tu boleh guide stesen mana kena tunggu supaya tak naik salah Train. Apa yang best tentang sistem train di Swiss, train di swiss sangat menepati masa. kalau lambat pun tak lebih 3 minit. Since kat Malaysia lagi dah boleh survey train di Swiss menggunakan apps SBB. Tak payah booking pun.  Dalam train, kitaorang sentiasa allert signboard train tu tengah stop kat mana. Mata dah nak pejam, badan penat sangat. Yalah, 15 jam dalam flight termasuk transit.


Menunggu departure time KLIA

 
Oman Air-suasana di dalam flight

 
Zurich Airport Shopping Centre- menunggu train ke Lauterbrunnen) Nampak tak muka letih disith

 
Ini Swiss Half Fare Card kami, yang wajib kena bawa ke mana-mana. Setiap kali naik train, memang diorang akan check.

Perjalanan dari Zurich Airport ke Lauterbrunnen ambil masa ke 3 jam. Termasuk transit di Bern dan Interlaken. Waktu pun dah malam, sepanjang perjalanan tak nampak apa pun. Mata dok pandangd tu je. hehe. Hati dok menggomel, bila lah nak sampai Lauterbrunnen.

Dari Intelaken, kami naik bas ke Lauterbrunnen. Badan time tu rasa dah melekit sgt. Risau orang kiri kanan bau badan kami. Jatuh martabat orang Malaysia nanti. haha. Sampai-sampai di Lauterbrunnen, kami disambut dengan bunyi dan deruan air terjun, dipukul angin sejuk dan bunyi-bunyi fauna yang sangat tak dapat ceritakan keindahannya. hanya SubhanAllah dapat disebut.

Sampai di hostel, kami disambut oleh sepucuk surat tergantung yang ada nama Cuna. Kat situ, ada tulis room no dan rules kat hostel tu. Dalam sampul tu, ada access card bilik yang kami menginap. Memang dari awal lagi, melalui email kami dah maklumkan yang kami akan sampai lewat malam. Maka, setiap perancangan dah disusun cantik oleh Allah swt.
Dah sampai bilik, kami tidur lena. Suami punya dengkur sampai nak pecah dinding. Penat sgt agaknya. Tidur dengan harapan, keesokannya dapat tengok keindahan Lauterbrunnen.

Tempat berteduh selama 7 hari kat sini.


Bilik kami. Room 10

 













 
Suasana Malam, gelap. Tunggu esok jela tengok view




Hari Kedua -Lauterbrunnen ke Kandersteg

Bangun-bangun pagi, masa tu cuaca gelap lagi. Baru pukul 5 Am. Dah siap-siap buka pintu dan tingkap beranda. Punyalah excited nak tunggu cerah tengok pemandangan. SubhanaAllah. tak terkata.....depan bilik kami, boleh nampak pemandangan gunung yang ada Salji. tak jelas sangat...tapi masih boleh nampak. Bunyi air terjun tu rasa macam sebelah je bilik kami. Masa ni lah, excited semacam. Geram sgt dengan pemandangan dia!!

 

Dapur yang dilengkapi peralatan memasak
 

Lepas breakfirst, harini kami akan pergi ke  Oeschinensee, Kandersteg. Kat situ aim utama nak main roldelbahn yang meluncur turun lereng bukit. Nak sangat ke situ lepas tengok viral di Fb.hehe. Dari lauterbrunnen naik train ke Kandersteg, dari kandersteg naik cable car ke Oeschinensee.

Jangan lah cerita tentang pemandangan. Kiri kanan depan belakang semua cantik. Rasa tamak nak pandang kiri kanan satu masa. Rasa taknak lepas setiap pemandangan di Swiss. Kalaulah setiap view tu boleh dibawa masuk dalam poket, dan kongsikan pada ahli keluarga, dah lama Cuna buat. =)





 Dalam cable car ke Oeschinensee



Berjalan kaki ke kaki bukit oeschinensee



Lunch dulu.









Saturday, January 14, 2017

Penang Short Vacay + Balik Kampung

Assalamua’laikum wbt buat sahabat blog yang sudi baca blog Cuna. Korang dah breakfirst?
Cuna macam biasa, breakfirst dengan ESP Kesayangan ku. Hihi. Lepas minum ESP, RASA BERTENAGA terus terus buka blog sebab idea tiba-tiba dating macam cendawan. Hehe. Tak lupa juga Vitamin Shaklee harus ditelan. Tu wajib taw.


Ok, nak cerita, last week Cuna ke Penang dengan Husband. Kemain lagi seronok macam pergi overseas. Haha. Bukannya apa, husband tu busy sangat.  Mana ada masa nak bawak jalan-jalan. Nak ajak pergi Mall pun susah sgt. Ni kan nak bawak jalan jauh. Nak ke Penang ni pun teman husband atas urusan kerja. Tapi, sambil menyelam minum air lah kan.
Sebelum ke Penang, kami singgah dulu di Taiping. Rumah family Cuna & husband dekat Taiping je. Rezeki balik kampung, minyak dan tol free. Company bayar. Sebab balik pun atas urusan kerja jugak kan.


Masa teman husband settlekan urusan kerja, Cuna tunggu dalam kereta je. Cuaca memang panas, walaupun dalam kereta ada aircond. Nyarislah Cuna sempat makan semua supplement Shaklee pagi tadi. Takdelah rasa lemah lesu je.


Penang apa yang best? Off course lah Pasemboq & Nasi Kandaq dia.  Husband ni memang seorang yang gilakan nasi Kandaq. Sejujurnya, Cuna ni bukanlah gemar sangat. Tapi layankan je sebab husband dah suka kan.

Mula-mula plan  nak balik hari, tapi husband ajak bermalam di Penang. Best juga kan. Dah lama tak menginapdi hotel. Ada la nak feel- feel honeymoon sikit. Tapi, memang sehelai sepinggang je lah. Takda baju tukar, berus gigi, tuala, semua tak bawa. Pakai yang hotel punya je. And the worst part, Supplement semua tingal di Taiping kecuali OMEGa GUARD Shaklee. Cuna memang get ready Omega Guard ni sebab dah tau nak makan macam-macam di Penang ni. Paham-paham lah kan, berapa banyak kandungan lemak dan minyak dalam nasi Kandar.
Malam-malam memang stay hotel je, tak kemana pun. Badan dah penat dan kekenyangan. Hanya untuk rehatkan diri.

 


Keesokannya, tengahari baru gerak balik Taiping. Sebelum tu, masa lunch kene lagi sedas Nasi Kandar dan bungkus Pasemboq buat family di Kampung. Masa otw balik rumah, abah wassap “kakak, pukul berapa kakak balik. Makan tengahari kat rumah tau. Abah masak”. Tapi kitaorang dah makan lunch pun. Hehe.

Sebelum tu, sempat la singgah pegi makan Ais Krim Mama Mia. Husband taw bini dia memang suka ais krim.
 

Sampai je Taiping, terkejut tengok banyak makanan berhidang atas meja. Segala mak nenek ada. Abah kata, dia masak untuk anak menantu. Rajin betul abah….Sayang abah…. Di Sekolah, dialah Pengetua. Di Rumah, ayahku seorang Chef yang Hebat!. =)

Lepas makan masakan abah, pastikan telan Omega Guard dan Lecithin double dose. Biarlah gambar berbicara kenapa kena telan sampai double dose. Shaklee ni asik nak interprem je taww.
 

Ok, sekian Coretan Kisah Hidup Cuna ye….nanti kalau ada cerita lagi Cuna tulis.

Friday, January 13, 2017

Rahsia kecantikan Orang Korea

Hello semua, harini Cuna nak share tentang rahsia cara penjagaan kulit wajah orang Korea.


(This article is written by Izza Ibrahim)


----------------------------------------------------



Orang Korea terkenal dengan pembedahan plastik manakala orang Jepun terkenal dengan ciptaan teknologi terkini di dalam bidang kecantikan. Pada anda mungkin itu antara faktor utama mengapa mereka memiliki kulit yang cantik. Nampaknya anda silap. Mereka sememangnya ada rutin dan cara mereka yang tersendiri. Jom kita bongkar rahsia kecantikan kulit mereka.

 

1. Orang Jepun dan Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus.

 

2.Untuk pencuci muka, mereka memilih minyak pencuci (Cleansing Oil ) kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah. Pelakon Korea, Suzy Bae mengamalkan teknik 424, di mana dia akan mencuci wajah dengan minyak selama empat minit, diikuti dengan pencuci muka berbusa selama 2 minit dan membilas muka selama 4 minit. Mulakan dengan air suam dan diakhiri dengan air sejuk untuk mengetatkan pori kulit wajah.

 

3. Penggunaan penyegar wajah adalah sangat penting bagi orang Jepun dan Korea. Ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna. Pemilihan penyegar wajah yang betul penting untuk mengelakkan kulit daripada kering. Orang Jepun memilih penyegar yang mengandungi ethyl alcoholrubbing alcohol atau isopropyl alcohol. Mereka tidak menggunakan kapas muka dan hanya menggunakan jari untuk menyapunya pada kulit wajah untuk penyerapan yang optimum.

 

cara orang korea dan jepun menjaga kulit 2

 

4. Pelembap muka sememangnya rutin kecantikan yang biasa bagi semua wanita mahupun lelaki. Namun begitu apa yang berbeza adalah cara pemilihannya. Orang Korea percaya pelembap yang dibuat daripada minyak sayuran baik untuk wajah. Minyak mineral seperti petroleum jeli dikatakan tidak mempunyai apa-apa bahan yang boleh menjadikan kulit lembut dan cantik. Sapuan ke atas dan ke bawah harus dipraktikkan untuk penyerapan yang sempurna.

 

5. Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.

 

6. Rahsia wajah yang berseri adalah dengan urutan pada kulit yang diamalkan oleh mereka. Gunakan penyental muka atau krim dan urut dengan lembut wajah anda dua hingga tiga kali seminggu. Ini dapat menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keelastikan wajah.

 

7. Setiap kali selepas mengurut wajah, jangan lupa untuk menggunakan pupur wajah untuk melengkapkan rutin kecantikan yang diamalkan oleh orang Jepun dan Korea ini. Pilih pupur yang bersesuaian dan untuk kulit Asia, seelok-eloknya anda memilih pupur pencerah (clarifying mask) untuk mencuci kulit dan pori anda dengan sempurna atau pupur pelembap (moisturising mask).

 


So, Bila korang nak Jadi Kulit Putih ala-ala Korea? 


Jom amalkan Nutriwhite Make Up Remover

supaya kulit anda lebih halus & Licin.


NutriWhite Gentle Action Makeup Remover:

  • Melicinkan, melembutkan dan menyerikan kulit anda.
  • Tunas Pokok Bic bertindak lembut untuk menyingkirkan sel kulit mati dengan menyeluruh tanpa merosakkan kulit.
  • Aloe menyegarkan dan menegangkan kulit.
  • Rumusan ringan, tidak berminyak dengan aroma yang menyegarkan
Untuk dapatkan NutriWhite Makeup Remover, blh Contact Cuna di 0182471886.


 

Thursday, January 12, 2017

Kenalpasti Jenis-jenis Jerawat Anda

Assalamua'laikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim. 

Nak tanya, korang suka tak muka berjerawat? Mestilah tak! Jerawat ni buat kita rasa tidak selesa dan hilang keyakinan diri. 

Sebelum ni, Cuna mempunyai jerawat yang penuh di pipi dan dahi. Mostly whitehead. Bila part nak pakai selendang, tengok muka di cermin terus jadi hilang mood. 

Bab-bab memilih pencuci muka, segala cream ni memang Cuna agak memilih. Tak sebarangan je Cuna bedal taww. 

Jom santai-santai ni Cuna nak ajak korang baca dan kenalpasti jenis-jenis Jerawat di muka korang tue. hehe.

Pertama sekali kene tahu

Apa itu jerawat ( Acne )?

Dalam bahasa medikal, jerawat dikenali sebagai "acne bulgaris". Ianya terjadi apabila minyak diwajah (sebum), sel kulit mati tersumbat di liang-liang roma. Apabila liang tersumpat, maka terhasilnya jerawat. Jerawat akan mengundang bacteria yang menyebabkan keradangan.

Jenis-jenis jerawat yang paling biasa dikenali adalah whitehead, blackhead, papules(radang) dan pustules(bernanah), nodule, dan cyst. Nodule sangat jarang berlaku tapi lebih kurang sama seperti cyst. Malah lebih besar dan lebih menyakitkan.

 

1) Whitehead
Warnanya kelihatan seperti warna kulit, benjolan yang sangat kecil dipermukaan kulit. Sel kulit mati dan minyak tersumbat di dalam liang roma, dibawah permukaan kulit. Kebiasaannya whitehead bukan berwarna merah dan tidak radang. Whitehead sangat mudah dirawat dengan menggunakan pengelupasan kulit.

2) Blackheads
Blackhead sama seperti whitehead. Bezanya, Permukaan kulit yang terdedah pada udara bebabkan ia teroksida dan bertukar warna dari putih ke hitam. Permukaan blackheads terbuka, manakalabpermukaan whitehead tertutup. Ia juga boleh dirawat menggunakan pengelupasan kulit. 

3) Papules (Benjolan Merah)
Papules terbentuk seperti benjolan kecil berwarna kemerahan akibat keradangan. Ia terjadi apabila whitehead dijangkiti bakteria lalu terjadinya keradangan. Papules kadangkala memedihkan. Jadi, seeloknya elakkan daripada memicit jerawat. Papule akan menjadi lebih teruk dan terjadinya pustules ( Jerawat bernanah)

4) Pustules( Benjolan merah & nanah)
Jerawat pustules ini berwarna merah terang, timbul bulat, dan ada warna kuning keputihan di bahagian tengah jerawat. Ia terjadi apabila bercampur minyak di muka(sebum),cell kulit mati dan bacteria yang semakin menimbul di permukaan kulit. Diingatkan, jangan korang pergi congkel ye. Nanti beri kesan parut jerawat. 


5) Cyst (Sederhana teruk)
Cyst berwarna merah bengkak, sangat menyakitkan, nanah terbentuk dibawah permukaan kulit dan besar.Kebiasaannya ia dipengaruhi oleh peningkatan hormon dalam badan. Ia kekal di kulit muka selama berminggu.

6) Nodule (Sgt teruk)
Ia jarang berlaku. Ciri-cirinya lebih kurang samanseperti cyst, tetapi ia lebih besar,Jangkitan kuman berlaku dari kulit yang lebih dalam. Ia sgt sukar dirawat. Mengambil masa minggu dan bulan untuk sembuh. Dinasihatkan, untuk berjumpa pakar dermatology untuk terima rawatan.

Selain itu, ramai yang menggunakan istilah Jerawatn Pasir. Tapi apa tu jerawat pasir?

7) Jerawat Pasir.
Ramai orang yang suka sebut jerawat pasir. Perkataan ini familiar di Indonesia. Orang sebut jerawat pasir kerana jika kita sentuh permukaan kulit, ia terasa kasar seperti pasir, juga halus dan kecil-kecil. Actually jerawat ni tergolong dalam katergori jerawat ringan seperti whitehead atau bercampur blackhead (kadang-kadang terdapat segelintir papule & pustule). 

Ok dah kenal apa jenis jerawat di wajah korang? Next step adalah mencari produk yang terbaik untuk merawat Jerawat korang tu.
Macam Cuna sendiri, Cuna ada Whitehead+papules penuh di dahi, dan di pipi. Cuna amalkan Supplement Shaklee Untuk merawat jerawat dari dalam tubuh. Macam dalam gambar ni. 

 

Kalau korang tak cuba rawat dalam, 10 tahun pun jerawat tu susah nak hilang. Kita hentam makan berminyak dan berlemak tiap-tiap hari. Kalau minyak, kotoran dari dalam badan tak disingkirkan, hormon pula tak seimbang, jadi jangan harap nak dapat kulit wajah licin BEBAS Jerawat. 

Untuk dapatkan Set Jerawat Shaklee ni, boleh contact Cuna di 0182471886


Wednesday, January 4, 2017

Khasiat ESP Shaklee

Assalamua'laikum wbt.
Bismillahirrahmanirahhim.


Ha, korang nak tau tak apa rahsia Cuna bertenaga sepanjang hari?

Setiap Pagi, Cuna akan bancuh ESP Soy Protein dan akan bancuhkan juga untuk husband segelas sebelum dia pergi kerja. Usually, Cuna akan bancuhkan ESP dengan segelas Oren Sunquick ataupun oat.

 Memulakan pagi anda dengan ESP Shaklee adalah seribu kali lebih baik dari mengambil sebungkus nasi lemak dan secawan teh tarik. Percayalah, badan korang makin lemah dan mengantuk kalau makan nasi lemak ni. Teh tarik pulak, gulanya sangat tinggi. Korang nak dapat diabetes ke?

 

Apa yang best tentang ESP Shaklee ni?

Setiap kali minum, Cuna akan rasa bertenaga. ESP ni minuman kesihatan, yang beri rasa kenyang yang berpanjangan. Almaklumlah, bila berkecimpung dalam business online ni, eventhough duduk rumah saja, tapi gunakan otak untuk berfikir. Lepas minum ESP Shaklee, barulah mudah idea-idea baru masuk. 
Contohnya macam sekarang ni, baru je lepas minum ESP, terus je bukak blog nak menulis. 

Suami pun suka sangat dengan ESP. Katanya, kalau minum, seharian dia tak letih. Kalau tak, asal sampai rumah je muka lesu & tak bermaya. Kalau cuaca panas terik, lagilah ketara letihnya tu.
Tapi lain sangat bila dia dia minum ESP. Balik rumah, boleh sembang-sembang, bergurau macam biasa. kadang-kadang tu siap offer diri basuh pinggan mangkuk. 

Memang berbeza dulu dan sekarang. Especially kulit wajah. Apa yang Cuna perasan, kulit makin moist, Cerah dan dan lebih berseri. Nak tahu kenapa? Ini kerana, Protein ialah makanan kepada sel.

Sel-sel tubuh kita termasuklah sel kulit kita saling bertukar ganti pada setiap 21 hari.

Apabila sel-sel kulit kita mendapat bekalan protein yang baik, lengkap dan mencukupi, maka ia akan dapat bertukar dengan baik. 
Maka terhasillah kulit wajah yang cantik, bersih, cerah dan gebu.

---------------------------------------------------
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:

✏️Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsistent.
✏️Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
✏️Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.

✏️Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya

------------------------------------------

Jom kita baca fungsi ESP Shaklee. Wah, mesti lepas baca ni korang akan teruja sangat. ESP Shaklee, ada 70 fungsi dan keistimewaan.

1- Cerahkan kulit 
2- Hilangkan jeragat 
3- Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu
4- Bantu mempercepatkan penyembuhan luka 
5- Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan
6- Anjalkan payudara 
7- Anjalkan punggung 
8- Atasi gastrik dan pedih ulu hati
9- Mengatasi lesu 
10- Merendahkan bacaan diabetis dengan menstabilkan paras glukosa
11- Menyihatkan rambut dan mengatasi keguguran
12- Mencantikkan kuku 
13- Menghaluskan tumit pecah 
14- Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam contohnya ketika berpuasa
15- Meningkatkan kualiti susu ibu - lebih berkualiti makanan, lebih berkualiti susu
16- Meningkatkan pengeluaran susu - protein salah satu bahan mentah menghasilkan susu
17- Pengganti sarapan dan supper
18- Dilengkapi dengan mineral kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang bersifat keasidan.
19- Meransang regenerasi sel kulit dan otot, mengurangkan kedutan
20- Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)
21- Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
22- Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)
23- Rendah lemak, tanpa kolestrol
24- Membantu mengurangkan risiko kanser, 
25- Bertindak sebagai antioksidan, 
26- Menguatkan sistem imun tubuh, 
27- Mempertingkatkan tahap kolestol baik, 
28- Memelihara kesihatan jantung  
29- Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan
30- Baik untuk hormon – kacang soya kaya dgn isoflavones. 
31- Membantu merendahkan paras kolestrol, 
32- Mencegah osteoporosis 
33- Membantu pembentukan sel-sel baru.

Jika berminat nak dapatkan ESP Shaklee ini, boleh contact Cuna di 0182471886.