Jom Singgah

vv=1515&tft=3&dd=0&wid=&pid=0&proid=0&bc=FFFFFF&tc=575757&brd1=CDAFF0&lnk=659BD6&hc=611561&hfc=FCC7FA&btn=358EFA&ww=200&wne=10&srefs=1&went=10">

Tuesday, January 31, 2017

Our 3rd Anniversary

Assalamua'laikum wbt

Alhamdulillah, harini genap 3 thn tempoh perkahwinan Cuna & husband. 

Sebenarnya kami laki bini tak ingat langsung Anniversary kitaorang harini. Sampailah mak sendiri yang wassap tanya. 

 


Cuna tak faham maksud mak, terus call mak tanya apa "Universary" tu -------------->

Cuna: Salam mak... apa universary tu.

Mak: Nih, anniversary hg. Mak silap taip. Aniversary hg brapa haribulan?

Cuna: erm.... hujung bulan satu kot. Akak ingt sanding awal bulan 2.

Mak: Maknanya 31 lah kan..

Cuna: haah 31 haribulan... napa mak?

Mak: Dah tu harini 31 la. hg tak ingat ka anniversary hg?

Cuna: lah yeaka. Ni mak tau dari mana? (Mcm pelik je mak yang ingat Anniversary kita, diri sendiri pun tak ingat)

Mak: Tu...timesline pesbook ada tulih.... pesbook bagitau memori 3 tahun lepas

(MEKASIH PESBOOK 😂😂)
--------------------------------------------------


Maka, lepas husband balik kerja, Drama Swasta pun bermula:

Cuna: "papa ingat harini hari ape?(dgn nada kononnya macam merajuk)

Husband: Harini hari ape? (diam panjang) Ntah.... 
hari ape ek? 

Cuna: Ala....sampai hati tak ingat. Papa tak sayang mama ke? (sambil teleng muka tempat lain, bibir mencebik)

Papa: Ala....papa ingat la... harini Anniversary kita kan? 

Cuna: Habistu kalau tau knp tak wish? sampai hati.

Husband: Eleh, mama pun tak ingat. Mama mesti ingat Anniversary kita lepas baca wassap mak dari group tu kan? 

Cuna: takdelah mama ingatlah. saje nak tengok perangai suami sendiri. 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------




Itulah Alkisahnya, drama petang tadi. Drama yg saja dibuat-dibuat 😂. Padahal, dua-dua memori kelaut. 

Actually Cuna sedikit phn tak terasa langsung bila husband tak ingat hari-hari penting macamni. 

Sebab Cuna tahu, betapa busynya Suami untuk nak ingat benda-benda macamni. Banyak lagi tanggungjawab dia sebagai suami yang dia kena fikir. Benda-benda mcm ni agak remeh bagi husband, even bagi Cuna sendiri pun tak berapa kisah sgt.


Sempena Anniversary, Cuna nak sampaikan satu luahan isi hati khas untuk suamiku Muhammad Hafizuddin Mustapa

Terima kasih kerana jaga mama dengan baik sekali. 

Kaulah Suami, yang sentiasa tunaikan permintaan mama.

Kaulah suami, yang cuba membahagiakan mama walau dengan apa sekalipun.

Kaulah suami, yang menggunakan kudrat, keluar mencari rezeki siang dan malam untuk beri kesempurnaan dalam keluarga kita.

Kaulah suami, yang tak pernah merungut penat walaupun sebenarnya penat. Masih senyum depan mama walaupun penat.

Kaulah suami, yg tak pernah lupa untuk call dan wassap cakap rindu walaupun sibuk kerja.

Kaulah Suami, yang tak pernah rasa jengkel dengan kelemahan mama.

Papa Hero mama selamanya.

Jadi Takda sebab untuk mama merajuk dengan benda-benda macamni kan 😄

Untuk mengelakkan lupa lagi, so Cuna jog down kat sini tarikh-tarikh penting

Tarikh Tunang: 11 August 2013
Tarikh Nikah: 31 January 2014

 
Time Tunang

 
Time Nikah

 
Time suami nak lafaz Nikah.

-------------------------------
Maka, sempena Anniversary kami, husband bawa keluar makan-makan dekat Aeon Shah Alam. 

 


 

 



Nih favourite kami laki bini kalau pegi Aeon Shah Alam, mesti singgah beli.

 

---------------------------------------------------

Masa otw balik, sebelum sampai rumah, singgah jap kedai India. beli Manjakani. hehe. 

Nak buat apa? Nak buat jamulah. Tetiba pulak terinspirasi nak buat air jamu lepas baca kat pesbook. 

Maka terhasillah jamu tradisional iaitu campuran Kunyit Hidup + Manjakani + Halia.

 
 
Pahit gila uolls.....

Kebaikan minum jamu, adalah
✅Untuk melangsingkan badan
✅Buang angin dan Kurangkan perut buncit
✅Membersihkan dalaman wanita dan mengetatkan liang faraj.

Sebulan sekali disyorkan ambil jamu tradisional.

Untuk jamu Harian pula, Cuna amalkan Alfafa Complex. Bagus tau Alfafa Complex ni. Banyak khasiat dia. Fungsinya seperti detoks dalam badan dan ada fungsi-fungsi lain. =)

 

 

No comments:

Post a Comment