Assalamua'laikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.
Nak tanya, korang suka tak muka berjerawat? Mestilah tak! Jerawat ni buat kita rasa tidak selesa dan hilang keyakinan diri.
Sebelum ni, Cuna mempunyai jerawat yang penuh di pipi dan dahi. Mostly whitehead. Bila part nak pakai selendang, tengok muka di cermin terus jadi hilang mood.
Bab-bab memilih pencuci muka, segala cream ni memang Cuna agak memilih. Tak sebarangan je Cuna bedal taww.
Jom santai-santai ni Cuna nak ajak korang baca dan kenalpasti jenis-jenis Jerawat di muka korang tue. hehe.
Pertama sekali kene tahu
Apa itu jerawat ( Acne )?
Dalam bahasa medikal, jerawat dikenali sebagai "acne bulgaris". Ianya terjadi apabila minyak diwajah (sebum), sel kulit mati tersumbat di liang-liang roma. Apabila liang tersumpat, maka terhasilnya jerawat. Jerawat akan mengundang bacteria yang menyebabkan keradangan.
Jenis-jenis jerawat yang paling biasa dikenali adalah whitehead, blackhead, papules(radang) dan pustules(bernanah), nodule, dan cyst. Nodule sangat jarang berlaku tapi lebih kurang sama seperti cyst. Malah lebih besar dan lebih menyakitkan.
1) Whitehead
Warnanya kelihatan seperti warna kulit, benjolan yang sangat kecil dipermukaan kulit. Sel kulit mati dan minyak tersumbat di dalam liang roma, dibawah permukaan kulit. Kebiasaannya whitehead bukan berwarna merah dan tidak radang. Whitehead sangat mudah dirawat dengan menggunakan pengelupasan kulit.
2) Blackheads
Blackhead sama seperti whitehead. Bezanya, Permukaan kulit yang terdedah pada udara bebabkan ia teroksida dan bertukar warna dari putih ke hitam. Permukaan blackheads terbuka, manakalabpermukaan whitehead tertutup. Ia juga boleh dirawat menggunakan pengelupasan kulit.
3) Papules (Benjolan Merah)
Papules terbentuk seperti benjolan kecil berwarna kemerahan akibat keradangan. Ia terjadi apabila whitehead dijangkiti bakteria lalu terjadinya keradangan. Papules kadangkala memedihkan. Jadi, seeloknya elakkan daripada memicit jerawat. Papule akan menjadi lebih teruk dan terjadinya pustules ( Jerawat bernanah)
4) Pustules( Benjolan merah & nanah)
Jerawat pustules ini berwarna merah terang, timbul bulat, dan ada warna kuning keputihan di bahagian tengah jerawat. Ia terjadi apabila bercampur minyak di muka(sebum),cell kulit mati dan bacteria yang semakin menimbul di permukaan kulit. Diingatkan, jangan korang pergi congkel ye. Nanti beri kesan parut jerawat.
5) Cyst (Sederhana teruk)
Cyst berwarna merah bengkak, sangat menyakitkan, nanah terbentuk dibawah permukaan kulit dan besar.Kebiasaannya ia dipengaruhi oleh peningkatan hormon dalam badan. Ia kekal di kulit muka selama berminggu.
6) Nodule (Sgt teruk)
Ia jarang berlaku. Ciri-cirinya lebih kurang samanseperti cyst, tetapi ia lebih besar,Jangkitan kuman berlaku dari kulit yang lebih dalam. Ia sgt sukar dirawat. Mengambil masa minggu dan bulan untuk sembuh. Dinasihatkan, untuk berjumpa pakar dermatology untuk terima rawatan.
Selain itu, ramai yang menggunakan istilah Jerawatn Pasir. Tapi apa tu jerawat pasir?
7) Jerawat Pasir.
Ramai orang yang suka sebut jerawat pasir. Perkataan ini familiar di Indonesia. Orang sebut jerawat pasir kerana jika kita sentuh permukaan kulit, ia terasa kasar seperti pasir, juga halus dan kecil-kecil. Actually jerawat ni tergolong dalam katergori jerawat ringan seperti whitehead atau bercampur blackhead (kadang-kadang terdapat segelintir papule & pustule).
Ok dah kenal apa jenis jerawat di wajah korang? Next step adalah mencari produk yang terbaik untuk merawat Jerawat korang tu.
Macam Cuna sendiri, Cuna ada Whitehead+papules penuh di dahi, dan di pipi. Cuna amalkan Supplement Shaklee Untuk merawat jerawat dari dalam tubuh. Macam dalam gambar ni.
Kalau korang tak cuba rawat dalam, 10 tahun pun jerawat tu susah nak hilang. Kita hentam makan berminyak dan berlemak tiap-tiap hari. Kalau minyak, kotoran dari dalam badan tak disingkirkan, hormon pula tak seimbang, jadi jangan harap nak dapat kulit wajah licin BEBAS Jerawat.
Untuk dapatkan Set Jerawat Shaklee ni, boleh contact Cuna di 0182471886.
No comments:
Post a Comment