Jom Singgah

vv=1515&tft=3&dd=0&wid=&pid=0&proid=0&bc=FFFFFF&tc=575757&brd1=CDAFF0&lnk=659BD6&hc=611561&hfc=FCC7FA&btn=358EFA&ww=200&wne=10&srefs=1&went=10">

Sunday, January 15, 2017

My Birthday Trip & Honeymoon to SWITZERLAND

Assalamua'laikum. Bismillahirrahmanirrahim.

Cuna nak Share Trip Ke Switzerland tahun lepas. 26/8/16- 1/9/16.Trip ni bersama-sama suami secara backpack sahaja. Kiranya Honeymoon backpackers la. hihi. Paling special, trip ni consider birthday trip sebab 29/8/16 tu tarikh harijadi Cuna

So, sebelum ke sana, segala persiapan memang Cuna uruskan seorang diri. Suami just bantu sikit-sikit. Tentang itinerary, book tempat penginapan, transportation semuanya Cuna uruskan. Senang Cerita, husband letak kepercayaan sepenuhnya untuk uruskan Trip ni.

Setahun awal Cuna dh beli tiket flight. So dalam masa tu boleh buat research, and kumpul duit sikit.
Sebelum beli tiket, rajin buat survey kat skyscanner. tengok harga tiket mana yang murah. At last, dapat buat tangkapan tiket ke Kul-Muscat-Zurich  pergi dan balik berharga rm2800 seorang. Masa tu Oman Air tengah buat promo.

Cuna pilih musim summer. sebab nak kurangkan budget beli winter coat. Lagi satu, sebab nak tengok pemandangan swiss. Kalau pergi musim salji, putih salji jela yang nampak.

Apa yang beruntungnya tentang Swiss, korang boleh tengok pemandangan musim panas dan boleh juga merasa Salji. sebab Swiss ni kawasan pergunungan Alps. Selain tu, korang boleh juga melihat pemandangan tasik. 3 in 1 tu yang beruntungnya.

Sebelum ke Swiss, memang cuna study betul-betul. Takut juga kalau sesat ke apa. sebab first time ke negara orang. Sebelum pegi, Cuna memang doa banyak-banyak supaya segala urusan Allah permudahkan. Part kat imigresen paling Cuna takut. Tapi Alhamdulillah, semua lancar. Takde pun kene heavy cek sampai kene buka luggage.


Day 1:
First masa sampai Zurich Klotten Flughaffen (Airport Zurich), kitaorang terus jalan laju-laju, pickup luggage dan kemudian berjalan ke banggunan bersebelahan Airport, iaitu Airport Shopping Centre. Waktu dah nak malam, so agak takut la tak sempat sampai hostel. hehe. Dekat Airport Shopping Centre ada jual tiket train Di Swiss, korang boleh pilih macam-macam jenis pass mengikut kesesuaian itinerary korang. Macam cuna, Cuna pilih half-fare Card. Maknanya, nak ke mana-mana, Cuna kena bayar separuh harga untuk tiket train, cable car dan bus. Dah beli tiket, kami turun ke Ground floor untuk tunggu train ke hostel kami yang terletak di Lauterbrunnen.

Masa beli tiket tu, staff kaunter bagi satu time table (Fahrplan) dan tiket. Fahrplan tu ada tulis platform berapa, dan transit kat mana. So senang, Fahrplan tu boleh guide stesen mana kena tunggu supaya tak naik salah Train. Apa yang best tentang sistem train di Swiss, train di swiss sangat menepati masa. kalau lambat pun tak lebih 3 minit. Since kat Malaysia lagi dah boleh survey train di Swiss menggunakan apps SBB. Tak payah booking pun.  Dalam train, kitaorang sentiasa allert signboard train tu tengah stop kat mana. Mata dah nak pejam, badan penat sangat. Yalah, 15 jam dalam flight termasuk transit.


Menunggu departure time KLIA

 
Oman Air-suasana di dalam flight

 
Zurich Airport Shopping Centre- menunggu train ke Lauterbrunnen) Nampak tak muka letih disith

 
Ini Swiss Half Fare Card kami, yang wajib kena bawa ke mana-mana. Setiap kali naik train, memang diorang akan check.

Perjalanan dari Zurich Airport ke Lauterbrunnen ambil masa ke 3 jam. Termasuk transit di Bern dan Interlaken. Waktu pun dah malam, sepanjang perjalanan tak nampak apa pun. Mata dok pandangd tu je. hehe. Hati dok menggomel, bila lah nak sampai Lauterbrunnen.

Dari Intelaken, kami naik bas ke Lauterbrunnen. Badan time tu rasa dah melekit sgt. Risau orang kiri kanan bau badan kami. Jatuh martabat orang Malaysia nanti. haha. Sampai-sampai di Lauterbrunnen, kami disambut dengan bunyi dan deruan air terjun, dipukul angin sejuk dan bunyi-bunyi fauna yang sangat tak dapat ceritakan keindahannya. hanya SubhanAllah dapat disebut.

Sampai di hostel, kami disambut oleh sepucuk surat tergantung yang ada nama Cuna. Kat situ, ada tulis room no dan rules kat hostel tu. Dalam sampul tu, ada access card bilik yang kami menginap. Memang dari awal lagi, melalui email kami dah maklumkan yang kami akan sampai lewat malam. Maka, setiap perancangan dah disusun cantik oleh Allah swt.
Dah sampai bilik, kami tidur lena. Suami punya dengkur sampai nak pecah dinding. Penat sgt agaknya. Tidur dengan harapan, keesokannya dapat tengok keindahan Lauterbrunnen.

Tempat berteduh selama 7 hari kat sini.


Bilik kami. Room 10

 













 
Suasana Malam, gelap. Tunggu esok jela tengok view




Hari Kedua -Lauterbrunnen ke Kandersteg

Bangun-bangun pagi, masa tu cuaca gelap lagi. Baru pukul 5 Am. Dah siap-siap buka pintu dan tingkap beranda. Punyalah excited nak tunggu cerah tengok pemandangan. SubhanaAllah. tak terkata.....depan bilik kami, boleh nampak pemandangan gunung yang ada Salji. tak jelas sangat...tapi masih boleh nampak. Bunyi air terjun tu rasa macam sebelah je bilik kami. Masa ni lah, excited semacam. Geram sgt dengan pemandangan dia!!

 

Dapur yang dilengkapi peralatan memasak
 

Lepas breakfirst, harini kami akan pergi ke  Oeschinensee, Kandersteg. Kat situ aim utama nak main roldelbahn yang meluncur turun lereng bukit. Nak sangat ke situ lepas tengok viral di Fb.hehe. Dari lauterbrunnen naik train ke Kandersteg, dari kandersteg naik cable car ke Oeschinensee.

Jangan lah cerita tentang pemandangan. Kiri kanan depan belakang semua cantik. Rasa tamak nak pandang kiri kanan satu masa. Rasa taknak lepas setiap pemandangan di Swiss. Kalaulah setiap view tu boleh dibawa masuk dalam poket, dan kongsikan pada ahli keluarga, dah lama Cuna buat. =)





 Dalam cable car ke Oeschinensee



Berjalan kaki ke kaki bukit oeschinensee



Lunch dulu.









No comments:

Post a Comment